Saturday, October 24, 2009

Mengantuk selepas melakukan hubungan kelamin

Mengantuk selepas bersama

SOALAN

SAYA selalu ‘bersama’ isteri tetapi kadangkala saya cepat klimaks dan selepas itu saya terus mengantuk dan tertidur, sedangkan ada masanya isteri mahu lakukan seks untuk ‘pusingan kedua’.

Masalahnya saya terlalu mengantuk, namun kemaluan saya masih mampu tegang jika dirangsang oleh isteri.

Saya ingin tahu daripada doktor apa masalahnya dan bagaimana cara mengatasinya?


JAWAPAN

Kajian menunjukkan lebih banyak lelaki mengantuk dan terus tidur selepas klimaks dan selesai hubungan seks berbanding wanita.

Ia bukan fenomena luar biasa untuk anda kerana lelaki biasanya memainkan peranan dominan dan banyak melakukan pergerakan. Ini secara langsung boleh membuatkan mereka cepat berasa letih selepas klimaks.

Ia juga disebabkan pengeluaran kimia biologik dikenali sebagai beta-endorfin, oxitocin dan prolactin selain kimia hasil tindak balas urat saraf membuatkan lelaki itu mudah terlena selepas klimaks.

Wanita pula tidak selalu klimaks dan mereka lebih seronok berborak selepas pasangannya selesai ejakulasi dan ada masanya mereka mahukan ‘pusingan kedua’.

Jika pasangan tidak berdaya, mereka yang tahu sangat kelemahan pasangan harus menerimanya dengan terbuka.

Ada beberapa perkara anda boleh cuba buat jika mahu lakukan hubungan intim sepanjang malam dengan pasangan.

Jangan tunggu lewat malam untuk melakukan hubungan intim itu kerana lebih lewat anda bersama, ia lebih mudah menyebabkan anda mengantuk selepas selesai seks.

Mungkin kurangkan makan sebelum seks kerana jika lapar tidak mudah mengantuk dan sebelum memulakan ‘pusingan kedua’, anda boleh ambil makanan ringan dan aktifkan kembali proses keintiman bersama isteri.

Minum kopi juga dapat aktifkan minda dan menghalang perasaan mengantuk. Selepas itu, anda boleh panjangkan keintiman dengan pasangan mengikut kehendak pasangan.

sumber - harian metro

Tuesday, October 20, 2009

REFER AND WIN CONTEST!!!

JOIN, REFER, EARN and WIN!

GRAND PRIZE, NINTENDO WII.

more info, click below :

VIDEO AWEK UITM JATUH LONGKANG

VIDEO AWEK UITM JATUH LONGKANG

siapa ada??

related post

Related Posts with Thumbnails