Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Friday, August 12, 2011

hadiah istimewa buat hari raya kepada nenek

HARGA PROMOSI 2011!!!

Silver Detox Foot Patch adalah upgrade version daripada normal detox foot patch.

Ia tahan lebih lama, Herba yang lebih kuat, Serapan toksin lebih banyak dan Tidak mudak masuk angin.


KHASIAT PRODUK INI :

1. Membantu dan menyerapkan toksin didalam badan yang menjadi punca bagi segala penyakit.
2. Membantu mengurangkan serta mencegah risiko penyakit berbahaya.
3. Meransang titik akupunktur dan refleksologi.
4. Melancarkan peredaran darah.
5. Membantu menguatkan sistem imunisasi badan.
6. Membantu mendapatkan tidur nyenyak.
7. Menjadikan badan terasa lebih ringan dan selesa.
8. Dan mendorong menjalani hidup yang lebih sihat.


Perubahan Yang Akan Anda peroleh Selepas Menggunakan Silver Detox Foot Patch Adalah:

Tahap Pertama:
Meningkatkan kualiti tidur, menyembuhkan sembelit dan membuang angin dalam badan. Anda akan merasai tubuh anda lebih ringan. (Sekitar 24 hari)

Tahap Kedua:
Meningkatkan ketahanan badan melawan penyakit, meningkatkan metabolisme, memperbaiki sistem pencernaan, menghilangkan nafas/kaki berbau dan, mengurangkan tekanan darah dan kadar lemak, ginjal/hormon dalam tubuh berfungsi dengan betul/baik. (1-3 bulan)

Tahap Ketiga:
Tahap terakhir, anda akan mendapati patch anda berwarna terang, ini bermakna bahawa racun dalam tubuh anda berkurangan!
Anda boleh melihat perubahan pada wajah anda. Tahniah! (3-6 bulan)


Sesuai Untuk: -

1. Siapa yang kerap berdiri/berjalan dalam waktu yang lama
2. Siapa yang sembelit, nafas/badan/kaki berbau
3. Siapa yang sentiasa menghadap komputer, mempunyai tekanan kerja yang tinggi, selalu terkena radiasi
4. Siapa yang ingin menurunkan berat badan
5. Siapa yang sakit leher/bahu/pinggang/kaki sengal/sakit
6. Siapa yang kedua kaki penat/lenguh


PENGEDAR DI PERLUKAN DI SELURUH MALAYSIA.

Stock adalah 100% ORIGINAL Jun Gong!


HARGA YG KAMI TAWARKAN (BORONG)


belian 100 - 200 keping = RM 0.60/keping

belian 300 - 400 keping = RM 0.55/keping

belian 500 - 1000 keping = RM 0.50/keping

belian lebih dari 2,000 keping = RM 0.45/keping

*harga belum termasuk kos penghantaran.


DAPATKAN PEK PERCUBAAN (20 KEPING) = RM 23 +

POSLAJU RM 7

= RM 30 SAHAJA.


(untuk Sabah Sarawak, poslaju = RM16)


1286262625_126275008_1-Detox-Foot-Patch-and-Slimming-dengan-harga-murah-borong2-seri-kembangan-1286262625

HUBUNGI :

Name : Encik Muhammad Lokman

WEBSITE = www.enciklokman.blogspot.com

email : encik_lokman@yahoo.com

HP : 019-4279435 (Encik Lokman)

untuk SMS : type "SILVER DETOX" dan disertakan dengan pertanyaan anda.


boleh hubungi kami melalui email atau SMS.

anda akan dilayan sebaik nya.

Friday, July 17, 2009

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

mqbs6cugk4

related post

Related Posts with Thumbnails