Saturday, January 9, 2010

RESIPI NASI KERABU KAWAN KOPITIAM

Nasi Kerabu Kawan Kopitiam




SEJAK setahun lalu, Kawan Kopitiam yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor terkenal di kalangan pelanggan setianya kerana menghidangkan juadah negeri Johor seperti laksa Johor dan mi rebus.

Sajian itu ditampilkan bagi mengangkat warisan resipi keluarga pengusahanya, Ezzah Aziz Fawzy.

Bagi mempelbagaikan menu dan memenuhi citarasa pelanggan yang semakin ramai, pihak pengurusan kopitiam itu sepakat memperkenalkan menu selera Pantai Timur.

Untuk itu, mereka mengambil khidmat seorang tukang masak berpengalaman dari Besut, Terengganu iaitu Hasanah Mahmod.

Dia pakar tentang masakan kegemaran penduduk Kelantan dan Terengganu seperti nasi dagang, nasi kerabu, ayam serta ikan percik gaya Pantai Timur.

Hasanah dari Kawan Kopitiam menyediakan resipi nasi kerabu istimewa untuk dicuba pembaca. – NUR AISHAH MOHD. AMIN



lagi cerita baru : PANAS SENSASI


1 comment:

Post a Comment

related post

Related Posts with Thumbnails